Ahad, 25 Oktober 2015

Blog Pisau, Parang dan Golok Malaysia - Pengenalan.

Seni pembuatan pisau, parang dan golok di Malaysia, sejak akhir-akhir ini, telah mendapat sambutan yang sungguh menggalakkan melalui laman media social Facebook.  Sekarang adalah amat mudah bagi peminat, penggemar, pengumpul dan peniaga pisau, parang dan golok untuk bertemu dan berurus niaga.

Dua laman Facebook yang terbesar yang mengkhususkan mengenai pisau, parang dan golok di Malaysia ialah;

Group Seni Pisau Dan Parang Malaysia
Public Group
Keahlian: 28,080 (pada 25/10/2015)

Seni Kayu, Batu Dan Logam Malaysia
Public Group
Keahlian: 15,121 (pada 25/10/2015)

Tujuan blog ini ialah untuk mengumpulkan semua maklumat mengenai pisau, parang dan golok di Malaysia untuk membantu semua memperolehi atau merujuk maklumat yang diperlukan.  Maklumat-maklumat akan di kategorikan dalam kumpulan-kumpulan seperti bilah, sarung, tukang bilah, tukang sarung, lokasi dan negeri.

Semoga, blog ini akan dapat membantu sedikit sebanyak dalam perkembangan seni pisau, parang dan golok di Malaysia.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan